Saturday, January 8, 2011

Moga dirinya diberi kekuatan

ENtry Di Ambil di : Sini


dan ketabahan.. :)

semalam dia bercerita.. Doktor menjangkakan nyawanya sampai hujung tahun ni. Aku tahu tentang penyakitnya pada pertengahan tahun ni. dari pneumonia kepada kanser throat dan berjangkit ke paru-paru dan hati. Tabah sungguh dirinya perlu berhadapan dengan pendarahan tanpa mengira masa..sesak nafas tiba-tiba.. kalau aku, pasti sudah meraung sampai satu dunia pun boleh tahu aku sakit.

selama ni, ingin juga aku bertanya apa kata doktor tentang dirinya. tapi aku tnya tidak terlalu spesifik sehingga kepada jangka hayatnya. entah bagaimana semalam aku boleh bertanya. uh..agak kejam dengan persoalan itu. 1/1/11 soalan diajukan..dan jawapan yang diperolehi sehingga hujung tahun. aku terdiam. bagaimana penerimaan dirinya..? die membalas..sebenarnya die yakin pada ketentuan Allah. dan die tidak terlalu memikirkan sangat tentang itu. yg dia mahu hanya teruskan usaha untuk berusaha selagi punya masa.

ah..beruntung dirinya punya semangat dan keazaman yg kuat.. sesuai dengan namanya Azam  =) usahalah selagi boleh usaha.. Allah memang menurunkan dugaan untuk orang yang mampu hadapinya. dan kau insan terpilih..

aku yakin, ajal dan maut untuk setiap orang sudah di tentukan..silap2, aku yang kunun2nya sihat ni, esok sudah ditarik nikmat untuk bertaubat. kematian..sesuatu yang tidak boleh diduga..tanpa mengira usia dan tidak terlambat walau sesaat..

Ya Allah..aku berlindung denganMu dari azab kubur, dari fitnah dajjal, dari fitnah kehidupan juga kematian..

2 comments:

JR said...

Doktor bukan Tuhan. Seringkali juga ramalan doktor meleset. Manusia cuma boleh meramal tapi Allah yang menentukan ketepatan sesuatu ramalan.

Aku Bebas said...

setuju ! :)