Thursday, January 13, 2011

Kenapa takut sangat ?

Entry Ori di ambil di : SINI

Assalamualaikum , Salam Sejahtera .

Aku ada baca yang ramailaaa takut dengan polis. Kalau tengah drive, tiba-tiba nampak polis. Mula la rasa kecut perut,lutut ketaq habis. Padahal tak buat salah pun. Lagi-lagi kalau polis tuh ada misai. kan kan ? Relax lah . Polis tak makan orang . Dia makan nasi jugak. Polis pun manusia jugak, ada perasaan. Kalau tak buat salah, jangan lari. Kalau kau lari, itu yang diorang kejar.

Then, orang suka buruk-burukkan polis. Bukan semua polis tuh macam yang korang sangka. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bukan semuanya buruk. Bukan semua jahat. Orang selalu marah-marah cakap polis tak buat kerjalah. Buat kerja lambatlah.

Biar aku bagitahu. Semua report yang korang buat tuh, diorang nak siasat pun bukannya dapat report terus pergi siasat, esok naik mahkamah, jatuh hukuman, kes settle. Ada step-step yang diorang kena buat. Bukan sikit step dia, banyakkkkk . Kena ambik statement sana, statement sini. Kena lukis plan tempat kejadian lagi. Lepas tuh kalau kes berat . Kena hantar surat pergi Pendakwaraya ke, Imigresen ke, Makmal Kimia ke . Nak tunggu keputusan lagi .

See, itu baru satu kes . Dahlah kena jaga satu daerah , bukan ramai pun pegawai yang ada dalam satu daerah. Satu hari jer purata dalam 8 hingga 10 kes untuk seorang .  Kalau musim perayaan, lagi banyak .

Bukan senang jadi anak polis nih. Banyak cabaran. Bab bab mengejek tuh memang ada lah kan. Macam macam ejekan lah kena. Tapi nak buat macam mana, mulut orang. kan ?

Then, nak duduk makan satu meja tuh memang susahlah. Kau tak payahlah nak sedih-sedih kalau waktu hari lahir kau pun ayah tak ada kat rumah nak sambut sama-sama, waktu kau ambik sijil kat sekolah. ayah kau tak akan datang. waktu semua ibu bapa datang tanda tangan report card kau tak payahlah nak tunggu tepi tingkap harap ayah kau datang. waktu hari raya pun kau tak payahlah nak sentap sebab tak dapat nak beraya bersama .

Bukan tu jer . Aku pun tak tahula apa masalah orang yang suka tanya ayah awak kerja apa . Lagi-lagi kalau baru nak kenal kan . Aku selaluuuuuuu dah kena. Bila ditanya ayah kerja apa . Aku jawablah polis. Tiba-tiba muka dia berubah terus jadi kelat. Esok mesti tak kawan dah. Tiba-tiba larikan diri. Apasal ? Kau jual dadah ke? Atau seludup senjata api? Tak kannn? Salah ke kalau aku anak polis? =_='

Kalau aku cakap ayah aku menteri baru orang nak kawan kot, kan ?

Monday, January 10, 2011

Mengapa Saya Masuk Islam? - Yusuf Islam

Artikel di ambil di : http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/1232-mengapa-saya-masuk-islam-yusuf-islam.html


Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian.  Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara  langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu  melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya  menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau  membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal.  Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup  dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan  satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan  dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara [I]high[/I], saya  sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak  baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami  Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan  astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai  apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

[B]Titik Permulaan[/B]

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di  Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan  kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang  dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari  sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan  yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan  menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal  menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan  hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang  akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama  yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat,  bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah  pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu,  barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu  membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman?  Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus  sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus  anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan,  dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang  telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula  tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat  merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa  Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai  satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa  peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain  pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

[B]Melawat Jerusalem[/B]

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di  Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang  menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya  seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab,  "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang  berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang  Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan  syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan.  Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh  saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan  Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua  halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci  ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada  manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL25 TV3 2011 : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali Menjuarai Anugerah Juara Lagu Malam ini!

Meriah betul Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) yang bersiaran langsung dari Stadium Bukit Jalil malam ini. Agak²nya, mesti ramai yang tengok! Betul tak? Dihostkan oleh Faizal, Chery, dan Ally Iskandar, Anugerah Juara Lagu 25 malam ini dimulai dengan flashback pemenang² Anugerah Juara Lagu sebelum ini iaitu Frensisca peter, Nash, dan M Nasir.


Anugerah Juara Lagu AJL25

Lagu Cinta Sempurna nyayian Yunalis Zarai @ Yuna, memulakan tirai Anugerah Juara Lagu 25 malam ini. Rasa sayu betul lagu tu. Memang betul² 'sempurna' lah lagu tu! Sesuai dengan tajuk lagunya. Hehehe!

Lagu kedua pula, dinyanyikan oleh Tomok menerusi lagu Berlari. Berpakaian ala² Micheal Jackson berwarna biru, Tomok tetap mantap menyanyikan lagu tersebut. Betul² power! Kagum betul saya dengan beliau!

Kemudian lagu Pelita nyayian A.P.I, menyerikan Anugerah Juara Lagu dengan permulaan backgroud penjajahan Jepun diTanah Melayu. Wah! Mantap la lagu nie. Tapi sayang .. saya tak berapa minat sangat lagu ini. Tengok boleh la. Hehehe!

Shahir AF8 pula menyanyikan lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' dengan berpakaian berwarna putih. Bagi saya, warna putih tu dah kira OK! Melambangkan kesucian! Tapi yang peliknya baju beliau ada 'mantal' macam superman. Pelik tu! Tak kan nak terbang kut? Tapi tak kisah la. Best jugak lagu nie.

Lagu Drama King nyayian Meet Uncle Hussain pun kira OK jugak malam ini. Memang bersemangat! Namun tak berapa pastilah Meet Uncle Hussain mampu mengembalikan kegemilangan seperti dua tahun lepas? Anda agak macam mana? Boleh ke!

Seperti yang anda tahu, Hafiz AF8 baru² ini terlibat dalam kemalangan. Namun malam ini, dengan berpakaian hitam dan merah, Hafiz tetap mampu menyanyikan lagu Noktah Cinta dengan begitu bertenaga sekali. Selepas tu penonton dikejutkan dengan adegan 'tembakan menembak' yang berlaku dalam sekelip mata. Ramai yang terpaku! Saya pun terkejut! Tapi semua tu hanya gimik je. Hafiz kemudiannya meneruskan lagu tersebut sehingga habis dengan berpakaian putih. Wah .. best la gimik dia!

Lagu Tolong Ingatkan Aku nyayian Ana Raffali malam nie rasa macam biasa je! Kalau dengar dekat Radio, lagu tu memang sedap. Tapi malam nie, entah la! Macam ada sesuatu yang kurang. Tapi tak kisah la. Saya layan je!

Antara banyak² lagu malam nie, lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir antara yang saya jangkakan akan meletup malam ini. Memang suka sangat² dengan lagu ini. Bertenaga dan menusuh ke kalbu! Memang best la! Hehehe!

Adira pula saya tengok betul² sweet malam ini dengan warna putih. Saya pun suka dengan baju tu. Lagu Ku Ada Kamu yang dinyanyikan oleh beliau pun best! Sebijik macam kat radio dan TV. Agak² orang baru macam Adira nie boleh menang tak malam ini?

Lagu ke 10, nyanyian Bunkface dengan lagu Ekstravaganza. Saya rasa OK la. Nyanyian yang bertenaga! Tapi saya tak beberapa minat sangat lagu nie. Kalau dengar tu, saya layan la jugak!

Putih lagi! .. ramai betul penyanyi yang berpakaian warna putih malam nie. Black pun sama. Putih juga!. Kalau hitam .. rasanya sesuai la dengan nama Black. Betulkan? Hehehe! Tapi tak kisah la. Malam ini Black menyanyikan lagu Sofea Jane. Lagu yang menarik! Saya pun suka juga dengan lagu ini.

Lagu ke 12 pula, Hanyut nyayian kedua Faizal Tahir pun rasa macam biasa je. Tapi yang bestnya part beliau buat silap mata. Terkejut jugak saya! Tiba² je rambut beliau boleh basah macam baru tenggelam dalam laut selepas habis video.

Warna Pink! Biar betul Stacy nie! Pakaian tu dah kira OK. Tapi warna pink .. rasa macam tak sesuai dengan identiti lagu Jahat. Kalau saya la, lebih suka warna hitam atau merah. Baru la sesuai! Ini tidak .. Pink. Hahaha!

Mencari Konklusi nyanyian Hujan mengakhiri Anugerah Juara Lagu malam ini. Lagu nie sebenarnya saya rasa memang best. Rancak bertenaga! Tapi malam ini rasa macam pancit sikit. Ehhh .. betul ke .. or saya salah dengar?

Keputusan  Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25)

Persembahan terbaik :  Hanyut – Faizal Tahir
Vokal Terbaik :  Noktah Cinta – Hafiz AF7

Lagu tempat ke-3:  Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
Lagu tempat ke-2:  Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
Tempat pertama  :  Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Saturday, January 8, 2011

Moga dirinya diberi kekuatan

ENtry Di Ambil di : Sini


dan ketabahan.. :)

semalam dia bercerita.. Doktor menjangkakan nyawanya sampai hujung tahun ni. Aku tahu tentang penyakitnya pada pertengahan tahun ni. dari pneumonia kepada kanser throat dan berjangkit ke paru-paru dan hati. Tabah sungguh dirinya perlu berhadapan dengan pendarahan tanpa mengira masa..sesak nafas tiba-tiba.. kalau aku, pasti sudah meraung sampai satu dunia pun boleh tahu aku sakit.

selama ni, ingin juga aku bertanya apa kata doktor tentang dirinya. tapi aku tnya tidak terlalu spesifik sehingga kepada jangka hayatnya. entah bagaimana semalam aku boleh bertanya. uh..agak kejam dengan persoalan itu. 1/1/11 soalan diajukan..dan jawapan yang diperolehi sehingga hujung tahun. aku terdiam. bagaimana penerimaan dirinya..? die membalas..sebenarnya die yakin pada ketentuan Allah. dan die tidak terlalu memikirkan sangat tentang itu. yg dia mahu hanya teruskan usaha untuk berusaha selagi punya masa.

ah..beruntung dirinya punya semangat dan keazaman yg kuat.. sesuai dengan namanya Azam  =) usahalah selagi boleh usaha.. Allah memang menurunkan dugaan untuk orang yang mampu hadapinya. dan kau insan terpilih..

aku yakin, ajal dan maut untuk setiap orang sudah di tentukan..silap2, aku yang kunun2nya sihat ni, esok sudah ditarik nikmat untuk bertaubat. kematian..sesuatu yang tidak boleh diduga..tanpa mengira usia dan tidak terlambat walau sesaat..

Ya Allah..aku berlindung denganMu dari azab kubur, dari fitnah dajjal, dari fitnah kehidupan juga kematian..

Little tiny razorblade

Entry Di Ambil di : SINI

Aku ada cerita. Cerita mungkin buat orang sakit hati, dan terasa. Pada suatu hari ada mamat bernama Justin tersilap miskol. Dan orang yang dia miskol adalah Oli. Oli punya bijak kepala otak tahap setan Lucifer, terfikir satu idea macam gampang. Idea yang boleh buat lelaki muntah hijau berbaldi -baldi. 


Justin <3 Oli?

Idea Oli ialah berpura menjadi gadis semasa. Seorang gadis yang suka tangkap gambar fokus pada dada kepala, mata bulat ala Heliza, dan shawl terbelit-belit. Kebetulan pula, Justin adalah seorang geek. Geek gila babeng, bijak tahap dewa dan hanya tahu dunia DoTA (Dunia orang tanpa awek?) dan game online terkini. 

Oli yang berpengalaman menjadi playbuaya selama bertahun-tahun, tahu melaksanakan watak lakonannya. Asal gedik-gedik , manja-manja dia pernah kena. Sekarang dia kenakan orang pula. Geli sial, manja-manja dengan kaum sejenis. Euww. Takpe, rilek, nanti dah dapat habuan. Sekurang -kurangnya ringgit dah la. Dapatlah bermanja-manja dengan awek lain.


Berhari bermanja - manja dengan Justin, Justin mahukan lebih. Dia mahukan gambar. Oli tenang, dia lelaki yang cerdik. Cerdik tahap lucifer katakan. Dia menyusup masuk ke laman internet. Google sahaja gadis cute, klik pada images. Oli sudah nosebleed. Ramai betul gadis comel dalam alam maya ni. Ada yang bershawl, free hair, solid body, dan maria ozawa. Ok ok, mestilah Oli curi gambar yang terbaik , mungkin gadis melayu memakai singlet, seksi dan camwhore yang comel. Dan awek yang bershawl yang menyerupai gadis melayu tadi. Baru seimbang dunia akhirat katanya.

Mungkin macam ni kah?

Maka giliran Justin pula nosebleed. Tahap dia nosebleed lagi hebat, macam kena makan kerang banyak - banyak supaya nak topup balik darah berahi tadi. Yela kan, dia pengemar DoTA, gadis yang dia kenal Luna Moonfang, Trazex, Medusa The Gorgon dan lain - lain yang wajib diketahui. Dari situ lah Oli minta topup. Ayat manje-manje gedik-gedik sikit. Dapat lah RM50 topup

Sukariang Oli, dia transfer semua kredit ke nombor lain. Dan tiba saat Justin suruh call, Oli mengelak, dia mengelak - mengelak. Justin tak kisah, dia tak kisah. Janji dah ada gambar dia boleh fantasi. Justin sudah mula gatal, dia ajak Oli mesej lebih dari kawan, mesej sex agak nya.

Oli layan sekali dua dan terus tak tahan, dia tak sanggup dengan cinta sejenisnya itu. Dia sudah mual tahap dewa. Dia patah kan sim, dan muntah berkaler pelangi. Dan lepas dia muntah, dia gelak kuat - kuat. Gelakkan lelaki loser itu. HAHAHA


p/s: Cerita ini khabar angin. kesahihan masih diragui.
p/s: Lucifer inspirasi dari matahari
p/s: Idea menulis cerita ini tercetus dari terfaktab.

Anonymous

 ENTRY DI AMBIL DI : Sini

credit atok aku 

Alahai,makin lama makin pusing kepala aku ni...kadang2 bila aku update entry mesti ada je anonymous yang tegur dengan cara yang tak betul...Apa salah aku?? salah aku berblog ni??Ni blog aku,suka hati aku laa nak update macam mana kan??Pernah tak aku paksa orang baca entry aku??suru orang wajib masuk blog aku hari2??pernah tak??Aku tak pernah paksa orang pun kan??kalau rasa2nya tak suka blog buruk aku ni,tak payah la masuk ok...Aku tak kisah pun,coz aku ni bukan sapa2...orang tak kenal aku,aku blogger baru..tapi aku suka sangat dengan dunia ni,daripada aku buat benda2 yang tak berfaedah,bagus aku terjun dalam dunia ni..ada banyak benda2 baru yang boleh aku jumpa,kawan baru tapi kalau boleh aku tak nak jumpa musuh baru di tahun baru..

Apa yang tak puas hati dengan aku ni??aku pernah ganggu hidup orang lain ke??kalau ada,cepat cakap..insyaallah aku segera berambus,semoga ada yang tak tersiksa badan...Aku tak tahu anonymous ni sapa,mesti ada blog jugak ni,tapi tak malu ke tak berani nak tunjuk identiti diri tu??Mesti orang ni blogger meletup,tapi kenapa??dengki??dendam??dia nak rasa macam tu kenapa??aku takde apa2 pun nak buat dia rasa macam tu,aku cakap sekali lagi aku budak baru kat sini..Aku tak pernah pulak rasanya nak paksa orang follow aku,tu suka hati orang tu nak follow or tak kan??Rasanya bukan aku je kenakan,tak kiralah blogger baru or lama,mesti ada jugak yang tak puas hati ni..

Alahai manusia,benda ni simple je la..Kalau rasanya orang tu tak suka penulisan aku ni,termasuk yang tergolong dengan aku sekali ni...Tak payah bagi komen,tak payah access kat blog aku,Aku tak kisah pun dan aku tak kan kisah coz tu hak dia...kalau dah terfollow blog buruk aku ni,unfollow je la..blok cepat2,aku ok je...tak kan mara pun kalau buat macam tu..biasalah manusia,setiap yang kita buat mesti ada je yang tak kena pada pandangan mata kita...Tapi hak aku macam mana??kalau sendiri kena,baru padan muka...

Kata Achie :Dunia dah maju,bermacam2 cara nak kenal sapa tu anonymous,ajar la aku..heheee

Pencuri oh Pencuri...Hebat kau

Entry diambil di : Sini
 
Assalammualaikum semua...aku baru pulang dari kelas. Seronok kelas hari ini..bukan kerana kuliahnya tapi seronok mendengar cerita kawan2ku menghabiskan waktu cuti tahun baru. Memancing, Maher Zain, novel macam2. Di saat aku menunggu bas tadi tiba2, seorang classmateku mendapat 1 panggilan telefon. Rumah sewanya dimasuki pencuri. Bukan tiada orang dalam rumah tu...berkunci lagi..hebat betul si pencuri ni...Astaghfirullahalazim...

Menitis airmata sahabatku...ini pertama kali aku lihat dia menangis. Aku juga pernah melalui situasi yang sama. Bila kuteringat kembali...meremang bulu romaku...moga apa yang mahu kukongsi ini menjadi iktibar kepada semua.
Kisahnya bermula pada sebuah pagi, beberapa hari sebelum aku mendaftar di ukm. Aku tinggal di sebuah rumah kedai di tingkat dua. Nak dijadikan cerita so pagi tu aku turun menemankan anak saudaraku menunggu bas untuk ke sekolah pukul 6.40 pagi..masih gelap. Bukan jauh pun, hanya di bahagian bawah tangga rumahku. Dengan tergesa2nya aku telah membawa segugus kunci rumah dan dalam masa yang sama anak saudaraku juga membawanya. So kedua2 kunci ditangan kami. Malangnya pintu dan grill rumahku hanya boleh dikunci dengan menggunakan anak kunci.

Pukul 6.50 pagi makku turun untuk berjogging. Kebetulan bas lambat pula hari tu. Kerana rumah tidak berkunci, makku menyuruhku segera naik. Disebabkan rumahku berada di tingkat atas sekali akan ada satu ruang membelok di tangga. Aku disapa seorang lelaki. Bertanyakanku rumah sewa. Aku memang x tahu sebab aku memang jarang ada kat rumah. Dulu aku duduk kat asrama lepas tu duduk matrik. Aku berlalu pergi tetapi lelaki tadi bertanya aku lagi...macam2. Malas betul aku dahlah pagi2...dia minta aku tunjuk Blok H. Rumah aku Blok D. Blok H berselang 1 blok dengan rumahku. Aku pelik..kenapa lelaki ni. Sedangkan pintu masuk ke taman aku tu perlu melalui blok H...xkan x nampak kot. Aku abaikan dan terus naik ke atas. 
ni dia blok H....gambar diambil dari pintu masuk Bandar Pulai Jaya, Skudai. Gambar diambil dari google...aku tiada simpanan gambar blok rumah aku pula. So rumahku tingkat atas sekali. Bawah tu kedai.

Pintu rumahku x berkunci. Tapi itu aku dah tahu. Tapi yang aku pelik kenapa rumahku penuh dengan tapak selipar. Kotor. Dalam kepala aku...'mak aku ke?'. Dengan selamba aku masuk ke dalam, mengunci pintu dan bergegas ke toilet. Anak kunci tadi aku tinggalkan di atas meja. Dari dalam toilet aku dengar pintu dibuka. Mak aku balik ke? Cepatnya!! Bukan nak pergi jogging ke tadi?

Ahh baru aku tersedar sesuatu. Mak aku x bawa kunci mana mungkin dia boleh buka pintu. Aku tahu itu orang lain. Ya Allah tawakkal je aku masa tu. Tapi aku tahu aku x boleh berdiam diri sahaja. Kalau aku x keluar mesti makku dalam bahaya. Kami hanya tinggal bertiga. Oleh kerana toiletku berada di dapur so aku bercadang mahu buat sesuatu. Pintu dibuka dan aku mencapai sebilah pisau. Aku berjalan dan aku lihat pintu terbuka. Anak kunci tadi ada dipintu. Aku keluar dan mengetuk pintu jiran tetanggaku...tapi tiada jawapan. Pergi kerja barangkali. Aku turun ke bawah mencari makku. Kami bergegas naik bersama beberapa teman makku. 
Bilik bersepah2..pintu almari terbuka. Alhamdulillah tiada apa yang hilang dan aku juga selamat. Syukur Ya Allah..kerana kecuaian dan kesilapan semua ini berlaku. Tapi aku betul2 pelik, tadi semasa aku tunggu di bawah tangga tiada siapa pun yang lalu lalang. Lagipun hanya 1 tangga tu sahaja yang boleh access ke atas. Aku rasa memang pencuri tu dah target rumah aku. Kebetulan malam tadi kakakku baru sahaja menghantarkanku sejumlah wang untuk yuran dan perbelanjaan ke ukm. Mesti dia tahu. Tapi satu benda yang dia x tahu..aku jarang balik & aku tiada bilik. Barang2ku semua diletakkan di stor...so duit itu juga berada di stor. Stor yang langsung x berusik. 

Siapa lelaki yang berbual dengan aku tadi? Mesti mereka dah merangka plot untuk mencuri. Barangkali dia hanya mahu melengah-lengahkan aku sahaja. Dan mungkin tujuannya mahu aku menunjukkan blok H hanya rancangannya supaya pencuri di dalam rumahku itu ada peluang untuk keluar.

Setiap pagi makku pergi berjogging, anak saudaraku sekolah dan aku akan turun ke bawah menemaninya. Tambahan pula, rumahku hanya dihuni perempuan sahaja. Apa2 pun terima kasih Allah yang sentiasa memberi perlindungan kepada hambamu ini....

So, moral of the story, berhati-hatilah...jangan pandang enteng tentang sesuatu perkara. Sentiasa ambil peduli dan buang sikap tidak kisah. Berani perlu bertempat dan sentiasalah guna akal. Kalau rezeki itu milik kita... bersyukurlah. Jika bukan... redhakanlah ia pergi... innalillahiwainnailaihirajiun...

p/s: jangan simpan benda berharga kat rumah..bahaya...tapi ada sesetengah benda memang kena simpan kat rumah..kalau x nak simpan kat mana pula kan...

experimen otak

 SUMBER ORI : Sini

Jakarta, Sistem saraf berpusat di otak, sehingga banyak hal bisa diubah dengan memberikan perlakuan tertentu di bagian tersebut. Namun sejarah mencatat, percobaan-percobaan yang dilakukan untuk mempengaruhi otak sering melampaui batas perikemanusiaan.

Dikutip dari Telegraph, Jumat (7/1/2011), berikut ini 5 dari berbagai eksperimen kejam yang pernah dilakukan baik pada manusia maupun binatang.

1. Eksperimen ibu asuhDi era 1960-an, ilmuwan Amerika Serikat, Harry Harlow melakukan penelitian kontroversial yang tak terlupakan karena dinilai tidak etis. Ia memisahkan anak kera dari induknya lalu mengurungnya ke kandang dengan 2 induk palsu, masing-masing terbuat dari besi dan kain.

Anak kera itu menyusu pada induk palsu dari besi yang memang dipasangi botol susu, namun segera beralih ke induk palsu dari kain setiap kali ditakut-takuti. Dalam perkembangannya, anak kera itu tumbuh dengan berbagai gangguan emosi dan kejiwaan.

2. Pengambilan otak pasien gangguan memoriHenry Gustav Molaison, pasien gangguan memori otak permanen asal Amerika Serikat telah dijadikan bahan penelitian sejak tahun 1950-an. Salah satu eksperimen yang pernah dilakukan adalah mengambil bagian otaknya yang disebut hippocampus untuk keperlian sebuah penelitian.

Ketika pasien itu meninggal tahun 2008, sisa otak yang masih ada diambil dan disayat menjadi 2.401 penampang histologis dan saat ini dipamerkan di University of California, San Diego.

3. Cuci otak tawanan perangMiliter China dikabarkan pernah mencuci otak tentara Amerika yang menjadi tawanan dalam Perang Korea sehingga membelot dari kesatuannya. Prosesnya cukup panjang, mulai dari diasingkan dan disiksa lalu tiba-tiba diberi kenyamanan hingga akhirnya berbalik menyatakan diri sebagai anti-Amerika.

Efek yang sama ditiru oleh pihak Amerika dengan metode yang lebih brutal, yakni menggunakan obat-obatan yang menyebabkan tawanan mengalami koma. Metode lain yang digunakan adalah kejutan listrik dan obat penenang Lysergic Acid Diethylamide (LSD) yang menyebabkan efek samping halusinasi.

4. Terapi kejut listrikStanley Milgram, psikolog Amerika Serikat melakukan eksperimen dengan listrik di era 1960-an. Relawan yang terlibat dapat mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, sebab setiap kali gagal selalu diberi kejutan listrik dengan tegangan mencapai 450 volt.

Eksperimen itu dinilai sangan tidak etis karena menyebabkan stres berat pada para partisipan yang terlibat. Terlebih belakangan terungkap, para partisipan yang terlibat adalah orang-orang yang dibayar untuk berpura-pura terpengaruh oleh terapi kejut listrik tersebut.

5. Mengubah orientasi seks dengan implan listrikTahun 1950-an, Robert Health dari Amerika Serikat mengembangkan implan elektroda yang ditanam di otak untuk mengubah orientasi seks seseorang. Pada masa itu, homoseksualitas merupakan hal yang tabu dan dianggap penyakit sehingga harus disembuhkan.

Salah satu 'korbannya' adalah seorang pria gay berusia 24 tahun, yang kemudian menjadi straight atau menyukai lawan jenis setelah menggunakan implan tersebut. Bahkan untuk membuktikan keberhasilannya, Heath menyewa seorang pelacur wanita untuk memuaskan sang mantan gay.

SI-YAHUDI BOSS FACEBOOK NI MEMANG PANDAI BUAT DUIT....

ENTRY ORI : Sini

Korang pasti kenal Mark Zuckerberg, kan? Eh, tak kan tak kenal pulak...korang kan member facebook, tak kan tak kenal dia? Kalau belum kenal kena tanya Perdana Menteri dan menteri-menteri atau artis-artis,  sebab mereka antara orang bijak pandai yang ada facebook.

Tapi kalau malu nak tanya orang besar-besar siapa Mark Zuckerberg, o.k.,  tanya aku ajer la, sebab aku pun member facebook juga...

Mark Zuckerberg ialah taukeh besar@pengasas facebook. Dia orang Yahudi yang masih muda, baru berusia 26 tahun tapi dah bergelar super biliionaire.

Dan ini berita terbaru mengenai kekayaan si-Yahudi yang menjadi pujaan jutaan pengikut facebook Malaysia itu dari pelbagai sumber berita:

Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor  Agensi. Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).


Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).

Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkanFacebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada. Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).


Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). 

Sementara itu, sebuah syarikat pelaburan Rusia, DST Global yang dilaporkan melabur sebanyak AS$50 juta (RM153.3 juta) di dalam syarikat laman sosial Facebook adalah milik taikun Internet, Yury Milner (gambar atas), lapor sebuah akhbar.
Milner juga merupakan pengerusi Kumpulan Mail.Ru yang kini berkembang menjadi firma Internet terbesar di Rusia. Kedua-dua syarikat itu telah memperoleh keuntungan besar dalam sektor laman jaringan sosial.


Menurut AFP, kumpulan itu mempunyai 2.38 peratus pelaburan di Facebook termasuk DST Global yang jumlahnya tidak didedahkan tetapi laporan tahun lalu mendedahkan bahawa ia adalah sebanyak 10 peratus.

Laporan daripada akhbar The New York Times baru-baru ini menjelaskan bahawa sekiranya DST Global melabur sebanyak AS$50 juta (RM153.3 juta) dalam Facebook, jumlah gabungan pelaburan firma itu bersama Mail.ru dalam laman itu adalah melebihi AS$500 juta (RM1.5 billion).

(Sumber berita; Sts, New York Times, AFP, Agency)

~ JR Yahudi pengasas Facebook tu memang pandai buat duit dan kita rakyat Malaysia turut membantunya....

Bertudung... tapi...

SUMBER ORI : Sini

Kali ini Peja nak kongsi satu citer. 2 hari lepas, tengah2 surfing, tibe2 Peja terjumpa satu gambar... Tengok je gambar tu, Peja mengucap panjang. Wife Peja tengok pun turut same mengucap panjang... Astaghfirullah..


Cube kengkawn bayangkan kalau kengkawan tengok satu pic pompuan bertudung tapi menunjukkan peha die... Cume Peja tak pasti gambar ni gambar betul ke, gambar yang di superimpose ke.. Wallahua'lam... Kengkawan tengok sendiri la picnye...


Maafla, Peja blur sikit mukenye...

Kalau tengok pada rupe, macam orang Melayu... tapi xtau la kot2 propagand orang nak busukkan agama Islam. Ape2pun, perkara sebegini memang tak patut berlaku.

Hai, xtaula apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang...