Saturday, January 8, 2011

Little tiny razorblade

Entry Di Ambil di : SINI

Aku ada cerita. Cerita mungkin buat orang sakit hati, dan terasa. Pada suatu hari ada mamat bernama Justin tersilap miskol. Dan orang yang dia miskol adalah Oli. Oli punya bijak kepala otak tahap setan Lucifer, terfikir satu idea macam gampang. Idea yang boleh buat lelaki muntah hijau berbaldi -baldi. 


Justin <3 Oli?

Idea Oli ialah berpura menjadi gadis semasa. Seorang gadis yang suka tangkap gambar fokus pada dada kepala, mata bulat ala Heliza, dan shawl terbelit-belit. Kebetulan pula, Justin adalah seorang geek. Geek gila babeng, bijak tahap dewa dan hanya tahu dunia DoTA (Dunia orang tanpa awek?) dan game online terkini. 

Oli yang berpengalaman menjadi playbuaya selama bertahun-tahun, tahu melaksanakan watak lakonannya. Asal gedik-gedik , manja-manja dia pernah kena. Sekarang dia kenakan orang pula. Geli sial, manja-manja dengan kaum sejenis. Euww. Takpe, rilek, nanti dah dapat habuan. Sekurang -kurangnya ringgit dah la. Dapatlah bermanja-manja dengan awek lain.


Berhari bermanja - manja dengan Justin, Justin mahukan lebih. Dia mahukan gambar. Oli tenang, dia lelaki yang cerdik. Cerdik tahap lucifer katakan. Dia menyusup masuk ke laman internet. Google sahaja gadis cute, klik pada images. Oli sudah nosebleed. Ramai betul gadis comel dalam alam maya ni. Ada yang bershawl, free hair, solid body, dan maria ozawa. Ok ok, mestilah Oli curi gambar yang terbaik , mungkin gadis melayu memakai singlet, seksi dan camwhore yang comel. Dan awek yang bershawl yang menyerupai gadis melayu tadi. Baru seimbang dunia akhirat katanya.

Mungkin macam ni kah?

Maka giliran Justin pula nosebleed. Tahap dia nosebleed lagi hebat, macam kena makan kerang banyak - banyak supaya nak topup balik darah berahi tadi. Yela kan, dia pengemar DoTA, gadis yang dia kenal Luna Moonfang, Trazex, Medusa The Gorgon dan lain - lain yang wajib diketahui. Dari situ lah Oli minta topup. Ayat manje-manje gedik-gedik sikit. Dapat lah RM50 topup

Sukariang Oli, dia transfer semua kredit ke nombor lain. Dan tiba saat Justin suruh call, Oli mengelak, dia mengelak - mengelak. Justin tak kisah, dia tak kisah. Janji dah ada gambar dia boleh fantasi. Justin sudah mula gatal, dia ajak Oli mesej lebih dari kawan, mesej sex agak nya.

Oli layan sekali dua dan terus tak tahan, dia tak sanggup dengan cinta sejenisnya itu. Dia sudah mual tahap dewa. Dia patah kan sim, dan muntah berkaler pelangi. Dan lepas dia muntah, dia gelak kuat - kuat. Gelakkan lelaki loser itu. HAHAHA


p/s: Cerita ini khabar angin. kesahihan masih diragui.
p/s: Lucifer inspirasi dari matahari
p/s: Idea menulis cerita ini tercetus dari terfaktab.

No comments: