Monday, January 10, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL25 TV3 2011 : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali Menjuarai Anugerah Juara Lagu Malam ini!

Meriah betul Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) yang bersiaran langsung dari Stadium Bukit Jalil malam ini. Agak²nya, mesti ramai yang tengok! Betul tak? Dihostkan oleh Faizal, Chery, dan Ally Iskandar, Anugerah Juara Lagu 25 malam ini dimulai dengan flashback pemenang² Anugerah Juara Lagu sebelum ini iaitu Frensisca peter, Nash, dan M Nasir.


Anugerah Juara Lagu AJL25

Lagu Cinta Sempurna nyayian Yunalis Zarai @ Yuna, memulakan tirai Anugerah Juara Lagu 25 malam ini. Rasa sayu betul lagu tu. Memang betul² 'sempurna' lah lagu tu! Sesuai dengan tajuk lagunya. Hehehe!

Lagu kedua pula, dinyanyikan oleh Tomok menerusi lagu Berlari. Berpakaian ala² Micheal Jackson berwarna biru, Tomok tetap mantap menyanyikan lagu tersebut. Betul² power! Kagum betul saya dengan beliau!

Kemudian lagu Pelita nyayian A.P.I, menyerikan Anugerah Juara Lagu dengan permulaan backgroud penjajahan Jepun diTanah Melayu. Wah! Mantap la lagu nie. Tapi sayang .. saya tak berapa minat sangat lagu ini. Tengok boleh la. Hehehe!

Shahir AF8 pula menyanyikan lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' dengan berpakaian berwarna putih. Bagi saya, warna putih tu dah kira OK! Melambangkan kesucian! Tapi yang peliknya baju beliau ada 'mantal' macam superman. Pelik tu! Tak kan nak terbang kut? Tapi tak kisah la. Best jugak lagu nie.

Lagu Drama King nyayian Meet Uncle Hussain pun kira OK jugak malam ini. Memang bersemangat! Namun tak berapa pastilah Meet Uncle Hussain mampu mengembalikan kegemilangan seperti dua tahun lepas? Anda agak macam mana? Boleh ke!

Seperti yang anda tahu, Hafiz AF8 baru² ini terlibat dalam kemalangan. Namun malam ini, dengan berpakaian hitam dan merah, Hafiz tetap mampu menyanyikan lagu Noktah Cinta dengan begitu bertenaga sekali. Selepas tu penonton dikejutkan dengan adegan 'tembakan menembak' yang berlaku dalam sekelip mata. Ramai yang terpaku! Saya pun terkejut! Tapi semua tu hanya gimik je. Hafiz kemudiannya meneruskan lagu tersebut sehingga habis dengan berpakaian putih. Wah .. best la gimik dia!

Lagu Tolong Ingatkan Aku nyayian Ana Raffali malam nie rasa macam biasa je! Kalau dengar dekat Radio, lagu tu memang sedap. Tapi malam nie, entah la! Macam ada sesuatu yang kurang. Tapi tak kisah la. Saya layan je!

Antara banyak² lagu malam nie, lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir antara yang saya jangkakan akan meletup malam ini. Memang suka sangat² dengan lagu ini. Bertenaga dan menusuh ke kalbu! Memang best la! Hehehe!

Adira pula saya tengok betul² sweet malam ini dengan warna putih. Saya pun suka dengan baju tu. Lagu Ku Ada Kamu yang dinyanyikan oleh beliau pun best! Sebijik macam kat radio dan TV. Agak² orang baru macam Adira nie boleh menang tak malam ini?

Lagu ke 10, nyanyian Bunkface dengan lagu Ekstravaganza. Saya rasa OK la. Nyanyian yang bertenaga! Tapi saya tak beberapa minat sangat lagu nie. Kalau dengar tu, saya layan la jugak!

Putih lagi! .. ramai betul penyanyi yang berpakaian warna putih malam nie. Black pun sama. Putih juga!. Kalau hitam .. rasanya sesuai la dengan nama Black. Betulkan? Hehehe! Tapi tak kisah la. Malam ini Black menyanyikan lagu Sofea Jane. Lagu yang menarik! Saya pun suka juga dengan lagu ini.

Lagu ke 12 pula, Hanyut nyayian kedua Faizal Tahir pun rasa macam biasa je. Tapi yang bestnya part beliau buat silap mata. Terkejut jugak saya! Tiba² je rambut beliau boleh basah macam baru tenggelam dalam laut selepas habis video.

Warna Pink! Biar betul Stacy nie! Pakaian tu dah kira OK. Tapi warna pink .. rasa macam tak sesuai dengan identiti lagu Jahat. Kalau saya la, lebih suka warna hitam atau merah. Baru la sesuai! Ini tidak .. Pink. Hahaha!

Mencari Konklusi nyanyian Hujan mengakhiri Anugerah Juara Lagu malam ini. Lagu nie sebenarnya saya rasa memang best. Rancak bertenaga! Tapi malam ini rasa macam pancit sikit. Ehhh .. betul ke .. or saya salah dengar?

Keputusan  Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25)

Persembahan terbaik :  Hanyut – Faizal Tahir
Vokal Terbaik :  Noktah Cinta – Hafiz AF7

Lagu tempat ke-3:  Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
Lagu tempat ke-2:  Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
Tempat pertama  :  Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

3 comments:

aDfeez said...

ajl the worst ever... huhuhu

latest entri :
HIdup tanpa Facebook??? bleh ker???
AJL 25 yang kwang kwang kwang....

Anonymous said...

ajl best3...!

budaksowt said...

best!!
http://akuazreen.blogspot.com/