Entry Ori di ambil di : SINI
Assalamualaikum , Salam Sejahtera .
Aku ada baca yang ramailaaa takut dengan polis. Kalau tengah drive, tiba-tiba nampak polis. Mula la rasa kecut perut,lutut ketaq habis. Padahal tak buat salah pun. Lagi-lagi kalau polis tuh ada misai. kan kan ? Relax lah . Polis tak makan orang . Dia makan nasi jugak. Polis pun manusia jugak, ada perasaan. Kalau tak buat salah, jangan lari. Kalau kau lari, itu yang diorang kejar.
Then, orang suka buruk-burukkan polis. Bukan semua polis tuh macam yang korang sangka. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bukan semuanya buruk. Bukan semua jahat. Orang selalu marah-marah cakap polis tak buat kerjalah. Buat kerja lambatlah.
Biar aku bagitahu. Semua report yang korang buat tuh, diorang nak siasat pun bukannya dapat report terus pergi siasat, esok naik mahkamah, jatuh hukuman, kes settle. Ada step-step yang diorang kena buat. Bukan sikit step dia, banyakkkkk . Kena ambik statement sana, statement sini. Kena lukis plan tempat kejadian lagi. Lepas tuh kalau kes berat . Kena hantar surat pergi Pendakwaraya ke, Imigresen ke, Makmal Kimia ke . Nak tunggu keputusan lagi .
See, itu baru satu kes . Dahlah kena jaga satu daerah , bukan ramai pun pegawai yang ada dalam satu daerah. Satu hari jer purata dalam 8 hingga 10 kes untuk seorang . Kalau musim perayaan, lagi banyak .
Bukan senang jadi anak polis nih. Banyak cabaran. Bab bab mengejek tuh memang ada lah kan. Macam macam ejekan lah kena. Tapi nak buat macam mana, mulut orang. kan ?
Then, nak duduk makan satu meja tuh memang susahlah. Kau tak payahlah nak sedih-sedih kalau waktu hari lahir kau pun ayah tak ada kat rumah nak sambut sama-sama, waktu kau ambik sijil kat sekolah. ayah kau tak akan datang. waktu semua ibu bapa datang tanda tangan report card kau tak payahlah nak tunggu tepi tingkap harap ayah kau datang. waktu hari raya pun kau tak payahlah nak sentap sebab tak dapat nak beraya bersama .
Bukan tu jer . Aku pun tak tahula apa masalah orang yang suka tanya ayah awak kerja apa . Lagi-lagi kalau baru nak kenal kan . Aku selaluuuuuuu dah kena. Bila ditanya ayah kerja apa . Aku jawablah polis. Tiba-tiba muka dia berubah terus jadi kelat. Esok mesti tak kawan dah. Tiba-tiba larikan diri. Apasal ? Kau jual dadah ke? Atau seludup senjata api? Tak kannn? Salah ke kalau aku anak polis? =_='
Kalau aku cakap ayah aku menteri baru orang nak kawan kot, kan ?
2 comments:
Thanks sebab sudi ambil entry saya :)
Bapak mertua saya polis.
Post a Comment